Wednesday, December 28, 2011

Focus





I cant focus to lectures if cute babies are around: )
@Twins Of Faith, PICC, Putrajaya



Monday, November 28, 2011

Saturday, November 19, 2011

Series of auditing

*The memories=)*



Bismillah. I have been glued to companies that needs to be audited. I nearly forgot my password for this blog due to the pleasure of my work;)
After experiencing auditing life, i missed my costing course as it is more mathematical. I'm warning you, auditing books, very theoretical...but after a lot of practice you'll be just fine=).

Auditing, this lane requires you to cram all the accounting skills in. I don't have the time to learn all the procedures because working time is working time, and the learning time is after the working time. And that sums up to overtime~

Alhamdulillah, YY assisted me throughout the past task. I get terrified when my colleagues were hmm scold for their work. Chanting all the du'as so that i wont be next in line huhu. Well, sometimes i do get rap on knuckles in a gentler way as i'm new but its alright with me, as that is for the sake of learning.

Please pray that i can catch up with this 3 month probation period! Aisyah loves AUDIT:)

Saturday, October 22, 2011

Sunday, October 9, 2011

Smile at your own risk

It was maghrib. We read surah AlKahfi together. Then it was time to pray ishak.

There was a girl in front of me. 2 years old. Looking at me sharply. I procrastinate. She tap my spine happily. I sat for my tasyahud akhir. She digs into my eyes! She laughed at me. And then she digs my eyes again, finding a way to make the eye balls pop out! And she laughed again. Then she made my eyes like a nyonya. It made her laugh harder. Later, the jemaah asked the mum why her daughter laugh so loud. She said, she had no idea~

After the prayer. She looked sharply at me again. Waiting for me to be MAD at her. Her mother who was right beside me noticed her youngest daughter had interrupted my prayer and scold her. I wasn't angry, not because i'm super duper nice but i had to control my focus at that time...and it was really funny;)

I told my mum what happened the next day and demonstrate what the girl did, she burst out laughing.


Oh Allah, accept my prayers and good deeds...

p/s: Did you smile?:)

Friday, August 12, 2011

Suami dari Syurga


Sebuah cerita yang saya petik dari blog sahabat saya. Doakan kesihatan iman dan diri saya dan sahabat2 semua ya. =)

.............................


Assalamualaikum,Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?"


Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawa dia jumpa doktor dan ternyata... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi. Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.


Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu!, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.


Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid.


Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.


Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?


1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).


2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.


4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan i! ni tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik.


Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya.


Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti. Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi.


Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah.


Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Sayabertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.


Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.

Wednesday, June 29, 2011

Welcome

It has been 26 days. Too many things happened and too fast.
Caught myself in a hot fever and diarrhea which makes me weak till this tick.
Totally loosing my appetite and looking pale.
I finish cooking lunch(only one dish, usually i can make 3 dish)and quickly finding a place to lie down.
I cant run, carry heavy things, run up and down the stairs.... staying in front of the computer is even too tiring.
Oh, Aisyah is old already:)


Silly chores seems explicit. The pleasure of health is indeed to be thanked.(Alhamdulillah)
Haven't felt weak for quite a time.

Thank you to abah and ibu who had cooked so many things (but your daughter can only take 3/4 spoon feed and quickly feels full), brought the food upstairs, clears up the food waste after i ate. Thank you to Dr Mariam Sakinah who nags me~. And anyone who could not be mention here:)

I need to be pink soon~