Saturday, April 30, 2011

Dah boleh jama' ishak ke belum?

Bismillah. Tak tau nak jawab.

Sedikit perkongsian dari blogger lain.
Kepada Suhaan's mother, thank you sebab googlekan. Anda memang pakar:).

************************************************************************************

Yang pertama-tama saya bukanlah ahli yang mahir di dalam bidang ini, hanya disebabkan cuba berkongsi ilmu yang ada dan kesulitan yang dihadapi oleh rakan-rakan di sini yang banyak bertanyakan mengenainya.

Ingin saya ajak kalian jika membacanya agar menghabiskannya agar tidak ada yang tersalah anggap, dan kita mengamalkannya di atas dasar ilmu bukan cakap-cakap siapa-siapa.

Rujukan – Kitab Fiqh Aqalliyat (Yusuf Alqaradawi), Kitab Hadis Imam Muslim.

—————————————————————————–

Apakah hukum menjama solat maghrib dan isya di musim panas kerana terlalu lewat waktu isya di sebahagian negara sehingga mencapai tengah malam atau melampauinya atau disebabkan tiada tanda bagi waktu isya sebagaimana yang dinyatakan oleh syara?

JAWAPAN

Solat adalah satu kewajiban yang mempunyai waktu-waktu tertentu sebagaimana yang difirmankan oleh Allah taala yang bermaksud,

sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (Annisa : 103)

Waktu-waktu solat yang lima telah diketahui melalui sunnah nabi yang berbentuk perbuatan. Ia telah mutawatir (diriwayatkan oleh ramai) dikalangan umat islam di timur dan barat.

Setiap solat dan solat yang lima mempunyai waktu tertentu dan tidak boleh menunaikannya sebelum masuk waktu. Tidak boleh pula melewatkan solat dari waktunya kecuali kerana keuzuran. Sesiapa yang melewatkannya ( sehingga berlalu waktu solat) adalah berdosa.

Namun di antara kemudahan dan sifat realistik agama ini ialah ia mensyariatkan jama (pengumpulan) antara dua solat, antara zohor dan asar serta antara magrib dan isya. Ini dilakukan sama ada secara taqdim (mendahulukan solat yang kemudian) atau takhir ( menangguhkan solat ke waktu terkemudian) kerana pelbagai sebab antaranya ialahmusafir sebagaimana yang telah tsabit (tetap) dari sunnah nabi muhammad sollallahu alaihi wa sallam.

Antara sebabnya juga ialah menjama; solat kerana hujan, atau seperti lecak atau yang lebih buruk ialah salji. Begitu juga angin yang kuat dan pelbagai halangan cuaca dan tabi’i yang menimbulkan kesulitan dan kepayahan untuk menunaikan solat pada waktunya.

Antara sebabnya juga ialah menjama’ solat kerana keperluan atau keuzuran bukan pada waktu bermusafir bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujan tetapi hanya kerana menghilangkan kesulitan dan kepayahan dari umat islam, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis ibn Abbas yang akan datang.

Dari petanda mukjizat agama ini ialah seorang Muslim boleh mendapati nas nas yang boleh meliputi pelbagai keadaan dan perkembangan masa yang dahulunya tidak diketahui manusia atau tidak dijangka akan berlaku di zaman mereka.

Kami dapati perkara ini dalam apa yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ibn Abbas bahawa ia berkata Rasulullah telah solat zohor dan asar secara jama dan maghrib dan isya juga secara jama bukan takut atau bermusafir. ”

Dalam satu riwayat dinyatakan

”Rasulullah telah menjamakan zohor dan asar serta maghrib dan isya di madinah tanpa ada takut atau hujan. Lalu dikatakan kepada ibn Abbas ”Apakah yang beliau kehendaki dari itu? Ibn Abbas (Abdullah bin Abbas) berkata ” Dia mahukan agar tidak menyulitkan umatnya ”

Dalam riwayat Abdullah b syafiq , ia berkata

” Pada suatu hari , Ibn Abbas telah menyampaikan khutbah kepada kami setelah waktu Asar, sehingga terbenam matahari dan timbul bintang bintang. Orang ramai mula berkata, ”Solat! Solat!” Ibn Abbas lalu berkata ” Adakah kamu mahu mengajar aku apa itu Sunnah ?”Tiada kebaikan bagi kamu!” Dia kemudian berkata ” Aku melihat Rasulullah telah menjamakan antara zohor dan asar serta maghrib dan isya.”

Abdullah bin Syafiq berkata ” Hatiku merasa tidak selesa dari pernyataan itu , aku lalu mendatangi Abu Hurairah dan bertanya kepadanya . Beliau membenarkan kata-kata Ibn Abbas.”

Ini adalah ta’lil (penetapan sebab) dari Ibn Abbas iaitu Rasulullah mahu memberi keluasan bagi dan kemudahan bagi umat islam. Di atidak mahu meletakkan mereka dalam kepayahan dan kesempitan. Sedangkan Allah taala tidak menjadikan kesusahan dalam agama ini. Bahkan Allah mahukan kemudahan bagi hamba-hambanya . Dia tidak mahu kesulitan ke atas mereka.

Hadis itu amat jelas dan terang akan pensyariatan jama kerana keperluan. Abu Daud, Annasai dan Attirmizi telah meriwatkannya juga dalam kitab sunan mereka.

Imam Abu Sulaiman Alkhitabi dalam kitab Ma’alim Assunan berkata, Tidak ramai para fuqaha berpegang dengan hadis ini..”

Ibn AlMunzir pernah berkata bukan hanya seorang dari ahli-ahli hadis yang menceritakan mengenainya (hadis ini). Aku mendengar Abu Bakar Alqaffal menceritakannya dari Abu Ishaq alMaruzi.

Berkata Ibn AlMunzir ” Tiada ertinya mengaitkan perkara itu (jama solat) dilakukan kerana sesuatu keuzuran kerana Ibn Abbas telah memberitahu Illah (sebab) hukumnya, iaitu kata-kata beliau ” Dia mahu agar umatnya tidak berasa kepayahan.”

Ibn Sirrin menceritakan bahawa ia tidak merasakan apa apa kesalahan untuk menjama dua solat, jika ada hajat atau sesuatu, selama mana ia tidak menjadi kebiasaan.

Ibn Qudamah juga menukil dalam kitab al-Mughni dari Ibn Syabramah bahawa dia berkata sama seperti apa yang Ibn Sirrin katakan.

AlHafiz Ibn Hajar berkata dalam kitab Alfath ”sekumpulan imam telah berpegang dengan zahir hadis. Mereka mengharuskan pada ketika tidak bermusafir semata-mata kerana ada hajat dengan syarat bahawa ia tidak menjadi kebiasaan. Antara yang berpendapat sedemikian ialah ibn isrrin, Rabi’ah , Asyhab , Ibn Almunzir dan Alqaffal Alkabir. Alkhitabi pula menceritakannya dari sekumpulan ahli hadis.

Walaubagaimapun, DI sisi kita (Yusuf alqaradawi) ialah hadis ini Sahih yang tidak dikritik akan kesahihannya. Ibn Abbas telah meriwayatkannya dan Abu Hurairah pula mengakuinya. Bahkan Ibn Abbas mengamalkannya secara praktikal

Dia telah menjadikan hadis ini sebagai hujah ke atas mereka yang mengingkari tindakannya mentakhir solat maghrib.

Dia menta’lil (menetapkan sebab bagi) perbuatan itu dengan apa yang ia telah nyatakan.

Kesemua ini memberi faedah kepada kami dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Iaitu harus menjama’ solat maghrib dan isya di eropah di musim panas, ketika waktu isya amat lewat sehingga ke pertengahan malam atau sleepas tengah malam sedangkan orang ramai dikehendaki untuk pergi bekerja pada awal pagi.

Bagaimana mungkin kita membebankan mereka untuk berjaga malam bagi menunaikan solat isya pada waktunya?

Yang sedemikian itu merupakan kepayahan dan kesulitan bagi mereka.

Sedangkan segala kepayahan telah diangkat dari umat ini dengan nas Alquran dan dengan apa yang dikatakan oleh Ibn Abbas , perawi hadis jama solat semasa bukan bermusafir.

Bahkan harus juga menjama solat di negara-negara berkenaan di musim sejuk kerana waktu pagi yang amat pendek dan kesukaran menunaikan solat pada waktunya bagi mereka yang bekerja di pelbagai perbadanan dan syarikat. Ia tidak dapat dilakukan kecuali dengan kepayahan dan kesempitan sedangkan segala itu telah diangkat dari umat ini.


from: this link

No comments: