Wednesday, May 5, 2010
Take care adik
Entri kedua hari ini. Just had a conversation with my dearest sis. Hari ini lebih 'serius' kesnya.
To Ika: I had gone through what you're going through. Cukup ke x nasihat yang ky bagi tu tak tahulah...Despite all, Allah yang melindungi awak. Take care! And do visit our aunt there ok? Nanti sambung story pasal freemason:)
Bila cari sumber-sumber untuk bantu adik, tiba-tiba terklik link INI. Tapi yang lebih menarik perhatian, dan mungkin sebab artikel tu berada di frontpage, saya jadi sangat tertarik untuk membaca. INI link aritkel. Memangla belum hafal pun doa tu, tapi kalau mathematically, 10 per cent je yg baca. 10 per cent je out of berjuta-juta parents? Fikir-fikirlah wahai bakal ayah dan ibu...
p/s: Ika, awat hang private blog? stress ek? hmmm...
*kakak*
Summer Stuffs
Tuesday, March 9, 2010
Khusus untuk sahabatku yang sedang berdebar:)

Berdebar...Khusus untuk sahabatku yang sedang berdebar:)...Wahai sahabat, saya tak pandai menakwil debar:)
Bismillah
Maaf wahai sahabat, diri ini tidak pandai bermadah...apatah lagi hendak menenangkan hatimu yang berdebar. Kataku, istighfar...istighfar. Namun banyak lagi yang ingin diriku lontarkan agar hatimu hilang debarnya...
Wahai sahabat, ingatkah dirimu pada firman Allah:
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia
Mafhum ayat 28 سُوۡرَةُ الرّعد
Maafkan kekurangan diri ini yang tiada kelebihan 'memulihkan' debarmu. Namun diriku percaya Allah yang mendatangkan debar itu dan Dia jugalah yang menghilangkannya.
Wahai sahabat, firman Tuhan benar belaka. Zikrullah...zikrullah...zikrullah. Sebuah alunan yang indah dan syahdu. Itu jugalah amalan Nabi SAW, para sahabat yang dijamin syurga, para tabi'in dan orang-orang soleh. Alangkah ruginya jikalau kita tidak mengamalkannya. Apatah lagi semasa diri direnjat debar yang kita tiada mengetahui asal usulnya. Barangkali dari syaitan laknatullah yang membisik hati, meracun iman. Astaghfirullah.
Sesungguhnya Allah memegang hatimu, maka kepada Dia sajalah yang paling layak untuk kita adukan segala hal. Mehnah kehidupan ini begitu getir...lekaslah berdoa, merayulah padaNya, mohonlah ketenangan hati, kemanisan iman, moga debar hatimu beransur pergi.
p/s: esok nak hantar assignment finance. pening nak jawab:s. mungkin sebab tu kot awak berdebar hehe. Kita pun berdebar jugak~
Tuesday, February 23, 2010
Let It Be

Bear garang: Geert Hofstede analyzed a large data base of employee values scores collected by IBM between 1967 and 1973 covering more than 70 countries, from which he first used the 40 largest only and afterwards extended the analysis to 50 countries and 3 regions. In the editions of GH's work since 2001, scores are listed for 74 countries and regions, partly based on replications and extensions of the IBM study on different international populations.
Froggie comel dan Bobspan: Bila bole rehat ni?
Bear garang: Aih, baru baca sikit macam ni dah nak rehat?? Tak boleh rehat! PULUN!
Froggie comel dan Bobspan terus pengsan~
Dengan ini saya dengan rasminya memberhentikan segala aktiviti di mukabuku ~deactivation of facebook:)~ bagi memberi fokus kepada peperiksaan yang kian hampir.
Mungkin akan buka mukabuku semula selepas peperiksaan. We'll see. For now, let it be. Happy to make this decision. Why? Sometimes i get stressed up by facebook. Sebab ada banyak sangat perkara mungkar. Maybe because it is 'what i want to see'. Expecting everyone to act like angels.
But the utmost purpose is to focus on my exams. Make du'a that I'll stay focus as i can be:).
Thursday, October 29, 2009
Kefhal Ya Filistin?
Bismillah
Semalam saya menelefon penduduk Palestin (kali kedua). Kali pertama menelefon saya rasa agak gentar kerana perlu berbahasa arab. Bahasa arab pula tersangat karat, namun ikut juga kata hati…..cubalah dulu.
Kerana ‘terlalu fasih’ berbahasa arab, saya memutuskan talian dengan hampa. Hanya sekadar bertanya khabar individu tersebut dan mengucapkan salam tinggal. Kaku juga mendengar suara yang telah membayar sebuah tanah dengan darah perjuangan.
KHABAR, TIDAK BAIK
Sejak pagi, mendengar berita tentang mereka. Hati dihimpit simpati. Pagi itu melalui radio IKIM, pembaca berita menyatakan penduduk Palestin akan mengalami masalah terutama dari segi makanan dan ubatan sekiranya bantuan tidak sampai sebelum musim sejuk ini. Tengahari pula melalui buletin 1.30 di TV3, berita kebakaran di ladang zaitun meledakkan rasa geram. Petang itu pula terbaca bagaimana kisah hidup warga Palestin yang terpaksa membahayakan nyawa demi mencari rezeki dengan memasuki
Kali ini, saya lebih berani. Dengan strategi berbeza. Saya menelefon. Saya tidak mahu merasakan saya ini memperalatkan mereka. Cakap hello lepas tu letak. Memang sakit hati.
Assalamualaikum
Hal tatakallamu allaghatul alinjliziyah? (Bolehkah anda berbahasa inggeris)
Itulah dialog saya saban kali. Namun agak mengahampakan kerana hampir 20 nombor yang saya dial, hanya 2 orang saja yang mampu berbahasa inggeris.
Saya gembira. Walau mereka mengatakan la’ (tidak). Namun mereka menyambut mesra bila saya katakan yang saya dari
BERJAYA! ALHAMDULILLAH
Dialog yang sama saya gemakan. Na’am kata lelaki itu. Terdengar suara seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Ah, pasti sudah berkeluarga. Namun, baru saja hendak memulakan perbualan, talian seperti tergantung. Saya dengar suara mereka, namun lelaki itu tidak dapat mendengar suara saya. Ah! Geraam!
Saya
Hal tatakallamu allaghatul al injliziyah?
Sebentar, ada yang boleh berbahasa inggeris katanya dalam bahasa arab
Suara itu merdu sekali, saya menunggu ditalian. Terdengar panggilan dan derap kaki melangkah.
Ganggang diangkat. Asslamualaikum. Jelas kedengaran suara wanita muda Palestin yang agak curious. Waalaikumsalam! Ana Aisyah min Malizi. I am Aisyah from
From where? I can’t here you. Dia menjawab dengan bahasa Inggeris yang terlalu dipengaruhi loghat arabnya.
Malaysia Malaysia kataku. Malizi Malizi katanya separuh terperanjat dan begitu ceria. Terdengar sedikit jeritan di belakang dengan penuh reaksi menjerit kecil “Malizi, Malizi!”
Malizi? Soalnya lagi bernada excited. Na’am na’am balasku dengan senyuman yang berbunga di hati.
I called to know, how are Palestinian’s doing?
Oh, oh..we are good!! Katanya dengan gembira. Suaranya seperti sudah berumur 24 tahun. Ah! Disana 6 tahun sudah pun berumur 16 tahun! Matang!
I learned that the olive farm has been burnt down by the Jews.
Err, can you speak Arabic.
Oh, I’m not fluent in Arabic kataku hampa.
Lupa pula bertanya di daerah mana dia tinggal. Atau namanya. Sungguh out dari persediaan! Dan selepas ni kena brush up bahasa arab!
Namun perbualan itu sungguh mengharukan diriku. Atas dasar akidah, kita semua bersaudara. Langit biru yang sama yang memayungi, hujan yang sama yang menyimbah ke bumi, udara yang sama yang dihirup, kiblat yang sama yang kita hadapkan wajah kita kepada Allah yang Esa…
Biar Palestin itu tidak sayup dari tubir mataku, alunan jihadmu yang kau kobarkan saban hari tiada di deria pendengaranku, namun sanubariku mengidam untuk memiliki jiwa sepertimu. Aku tidak mahu buta, pekak dan bisu melihat nasibmu. Sesungguhnya Allah telah mengangkatmu wahai Palestin sebagai sebuah kota syuhada’ pada zaman ini. Kalau tidak dengan darah, biar lisanku, akalku, hatiku, seluruh pancainderaku bersamamu InsyaAllah.
Saturday, October 3, 2009
Wasiat Jibril
dan cintailah sesiapa yang kamu kehendaki, tetapi ingat, bahawa engkau akan berpisah dengannya,
dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, tetapi awas, kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu,
dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada qiamulailnya, dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain.
Hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Naim
Tuesday, September 15, 2009
Saya Rasa Tidak Selamat
b:"Babi ah ko ni"
Itulah perbualan yang saya dengar ketika melintasi sebuah kedai baju. a adalah lelaki, merupakan kenalan kepada b. Rambut a berwarna oren. Dan b adalah perempuan yang menjaga kedai baju itu.
Saya berada dalam jarak 1 meter kearah mereka kerana hendak pergi ke tandas. a bercerita mengenai seorang perempuan. Bila mendengar perbualan itu saya benar-benar rasa hendak pengsan dan lari jauh dari lelaki itu.
Kemudian saya diperhatikan oleh si a. Saya rasa mahu pengsan, walaupun dia tidak berkata apa-apa!
