Thursday, June 25, 2009

Q & A's on Shahr Rejab

Tanyalah Ustaz TV 9

Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa: 7-8pagi
Tajuk: Bulan Rejab
Panel: Ustaz Hj Zahazan Mohamed

Tengok tau, sejam saja pun. Saya suka ustaz ini berceramah. InshaAllah beliau mampu menjawab segala persoalan anda tentang bulan Rejab.

Pengharaman Purdah di Perancis



Perancis haram purdah

PARIS 23 Jun – Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai ‘tahanan di sebalik tabir’.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis – menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. – AFP

…………………………………………………………………………………………………..

arrijal:

banyak pandangan kita boleh suarakan..mungkin ada boleh mengatakan kalau sampai tahap menyebabkan ancaman pada muslimah itu,bertudung sahajalah..

tapi isu di sini adalah hak dan kebebasan beragama yang dilaungkan barat.kalau lah seorang yahudiboleh berpakaian dengan pakaian mereka,seorang beragama hindu boleh memakai sari,kenapa seorang Muslimah x boleh memakai purdah??

ketundukan seorang Muslimah itu adalah tunduk kepada Allah..tetapi ketundukan wanita barat yang mendedahkan tubuh mereka adalah ketundukan dan perhambaan pada nafsu dan juga semestinya pada nafsu lelaki.memakai pakaian seksi kerna inginkan lelaki2 melihat mereka cantik.

mana lebih baik?ketundukan pada Tuhan atau tunduk pada nafsu??

yang isu lagi pentingnya adalah kekuasan Muslim itu sendiri..walaupun seakan kecil tapi sebenarnya ini sudah campur tangan dalam urusan beragama..urusan Islam diperkotak katikkan dengan mudah..

tak hairanlah kalau pemerintahan Bush dulu ingin menukarkan kedudukan kiblat kaabah.adakah ini satu kebodohan atau tiada nya kefahaman??

kebodohan kerna campur tangan apa yang dia tidak faham(Bush memang terkenal dengan sikap nya begitu) dan dengan mudah meletakkan arahan mengikut suka hati sendiri tanpa kefahaman..atau pun dia memang x faham dan tidak mahu untuk faham..

maka saudara pembaca..fikirkanlah dimana kita?

dimana letaknya ‘izzah Islam kita!!

wallahua’lam

*saya baca dari blog ini*

Wednesday, June 24, 2009

Kahwin Dulu

Halaqah TV 9
Hari: Khamis (25 June 2009)
Masa: 10 malam
Tajuk: Kahwin dulu
Ahli Panel: Ustaz Fareed Ravi & Ustaz Badli Shah Alauddin


Tengok tau:)

Bila zauj seorang daie


Bismillah, entri ini diambil dari laman web Ustaz Zahazan. Semoga bermanfaat.

Menurut sebuah fatwa dalam sebuah kitab Mawsu'at fatawa Mu'asirah, seorang lelaki
menanyakan kedudukannya sebagai pendakwah yang akhirnya terpaksa meninggalkan peranan
suami dan ayah , apakah pandangan Islam terhadap seorang yg demikian , mudah2an para
pembaca dapat mengambil pengajaran dari kes ini. Saya sangat meminati cara al-syikh
al-Marhum Ibn Uthaimin dalam jawapannya. Beserta ini saya turut kemukakan jawapan Syikh Ibn Uthaimin dgn sedikit campuran idea Dato fadzilah Kamsah juga sedikit idea saya.

Umat Islam adalah Ummatul Iqtisad dan al-Tawassut, iaitu umat yang bersifat pertengahan.Justeru setiap individu hendaklah berusaha menjadikan dirinya sederhana dalam segala usahanya.

Sebenarnya terdapat 3 jenis manusia iaitu yg pertama sibuk bekerja di tempat lain
hingga meninggalkan keluarga, sdgkan yg lainnya asyik dgn keluarga tidak mahu berpisah langsung dgnnya.Sebenarnya tawassut ialah menjaga keluarga dn sebaiknya tanpa melupakan tanggunjwab kemasyakaratan yg juga merupakan amanah yg terrpikul atas bahunya.Terdapat bebarapa hadith yang diriwayatkan dari Nabi yang memberi amaran terhadap manusia yang gagal menjalani tanggunjawabnya itu.sebagai contohnya, Nabi saw bersabda dlm hadith riwaywt al-Bukhari ( 6731) dan Muslim ( 142 )

Maksudnya : Sesiapa di kalangan umat Islam yang diamanahkan untuk menjaga orang2 di bawah tanggungjawabnya tetapi dia tidak menjalankan tanggungjawabnya itu maka dia tak akan menghidu bau syurga !


Demikian lagi sabda Nabi saw dlm hadith rwyt al-Bukhari ( 4892 ) dan Muslim ( 1829 ) yang bermaksud :
" setiap kamu adalah dipertanggungjawabkan dan akan dipersoalkan terhadap segala amanha yg diberiakn ke atasnya.Dlm sesetengah ibadah nabi saw mengajar umat Islam agar jgn melampau2 ditakuti akan meybbkan tergadainya hak2 orang2 lain.

Dalam peritiwa hijrah Nabi telah mempersaudarakan antara Muhajirin dan ansar.Antara sahabat yg dipersaudarakan ialah Salman dan Abi Darda. Salman mendapati Abi Darda` terlalu sibuk dengan urusan puasa dan solat nafilnya pada waktu malam ke peringkat Ummu Darda isterinya mengadu kepada Salman Ibnul Islam. Salman telah membetulkan sikap Abu darda ra dengan katanya

" Sesungguhnya Tuhanmu memiliki hak ke atasmu dan dirimu sendiri memiliki hak untuk kau penuhi dan keluargamu ( isteri & anak2) turut memiliki hak untuk kau penuhi.Maka penuhilah semua hak itu dengan sebaiknya.Keesokan harinya Abu Darda menanyakan pada Nabi kata2 Salman, lalu Nabi mengiyakannya.

Dalam hadith yg lain rwyt al-Bukhari ( 1874) dan Muslim ( 1159) , Nabi saw berpesan kepada Abdullah bin Amru bin al-As :
Aku mendengarmu berpuasa di siang hari dan berqiyamullail spjg malam.Janganlah kamu berterusan begini kerana bagi jasadmu ada haknya, matamu mempunyai haknya, dan isterimu juga memiliki haknya, dan bagi tetamumu ada hak mereka cukuplah bagimu berpuasa 3 hari dalam setiap sebulan dan itulah dia puasa setahun. Abdullah telah meminta sesuatu yg lebih lalu RasululLah telah menetapakn suatu hukum yg berat ke atasnya , iaitu Nabi menyuruhnya mencontohi puasa Nabi Daud as dan janganlah melebihinya.

Puasa Nabi Daud adalah puasa sehari dan berbuka sehari dan ini dipanggil puasa setengah tahun.Akhirnya bila Abdullah sudah tua beliau menyesali perbuatannya dgn berkata :
kan baik jika aku mengambil rukhsah yg Nabi tetapkan! Berdasarkan hadith2 di atas, jelas pd setiap individu muslim supaya melakukan pembahagian masa yg adil utk semua : kerja2 dakwah, keluarga,isteri , anak2, jiran tetangga dsb.

Jika anda seorang pendakwah, peruntukkanlah sebahagian dari masa anda untuk Islam (Allah & RasulNya).Tapi jangan terlupa bahawa anak anda juga memerlukan perhatian. Bawalah mereka ke tempat2 yg dibenarkan syarak seperti keda buku MPH, masjid, program ilmu dan riyadhah supaya saudara/i tidak terlepas waktu2 keemasan mendidik mereka.

Jika dapat melakukan spt ini insyaallah Allah akan jaga anak2 kita dan isteri kita.Juga ambil peluang untuk berkata yg baik pd isteri dan banyaklah menasihatinya supaya bersabar kerana saudara terlibat dalam bidang dakwah bukannya berpoya2.Raikan mereka pd hari2 jadinya dan anniversary nya.Nyatakan sdr
sangat menyayanginya dan menghargai pengorbanannya.Juga seseorg suami hendaklah
menggalakkan isteri supaya terlibat dlm program2 muslimat spt usrah, kuliah dsb asalkan bukan program2 lagha yang diharamkan spt percampuran lelaki dan wanita.

Para isteri yg budiman, sedikit peringatan buat para isteri !Sabarlah atas kekuragn suami, Allah jadikan kita utk lengkap melengkapi antara satu dgn yg lain.Suami puan2 selalu tiada di rumah, kita tahu dia berada di medan dakwah, sebaik2 tugasan sebesar2 tangjwb yg dijlnkn. Dia bukannya melakukan kerja2 maksiat atau sia2.

Puan jangan melihat keaiban suami sahaja dlm sesuatu aspek sdgkan umr perkahwinan kadangkala dah menjagkau belasan tahun.Jangan mudah terpengaruh dgn lelaki ajnabiy yg menjanjikan sikap ambil berat pd puan dan lebih romantik!Lelaki ini cukup pandai memikat sebelum kahwin , lepas kahwin barulah terdedah dgn berbagai keaiabannya.Sebaliknya suami puan, meskipun dia sibuk namun sudah puan kenali
hati budinya.Cuma kekurangannya ialah dia kurang bergurau sbb banyak berfikir ,itu
sahaja kekurangannya!

Lelaki yg puan2 anggap pandai bergurau sebenarnya lelaki hidung
belang pandai berlakon ! itu sahaja kehebatnnya, lain semuanya tiada kebaikan, silap2
haribulan yg sifat yg ditonjolkan dulu pun hanya pura2, masa tu barulah nak sedar kebaikan suami dulu , tapi apakan daya !Maaf , kata2 ni mungkin over ! Eloklah para tetamu
mendapatkan CD Dato Mohammad Fadzilah Kamsah terbitan Telaga Biru sdn Bhd ttg petua
mengekalkan kasih sayang selepas berumah tangga, ada banyak petua.