Thursday, June 25, 2009
Pengharaman Purdah di Perancis
Perancis haram purdah
PARIS 23 Jun – Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.
Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai ‘tahanan di sebalik tabir’.
Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis – menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.
Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.
Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.
Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.
Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.
Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.
Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. – AFP
…………………………………………………………………………………………………..
arrijal:
banyak pandangan kita boleh suarakan..mungkin ada boleh mengatakan kalau sampai tahap menyebabkan ancaman pada muslimah itu,bertudung sahajalah..
tapi isu di sini adalah hak dan kebebasan beragama yang dilaungkan barat.kalau lah seorang yahudiboleh berpakaian dengan pakaian mereka,seorang beragama hindu boleh memakai sari,kenapa seorang Muslimah x boleh memakai purdah??
ketundukan seorang Muslimah itu adalah tunduk kepada Allah..tetapi ketundukan wanita barat yang mendedahkan tubuh mereka adalah ketundukan dan perhambaan pada nafsu dan juga semestinya pada nafsu lelaki.memakai pakaian seksi kerna inginkan lelaki2 melihat mereka cantik.
mana lebih baik?ketundukan pada Tuhan atau tunduk pada nafsu??
yang isu lagi pentingnya adalah kekuasan Muslim itu sendiri..walaupun seakan kecil tapi sebenarnya ini sudah campur tangan dalam urusan beragama..urusan Islam diperkotak katikkan dengan mudah..
tak hairanlah kalau pemerintahan Bush dulu ingin menukarkan kedudukan kiblat kaabah.adakah ini satu kebodohan atau tiada nya kefahaman??
kebodohan kerna campur tangan apa yang dia tidak faham(Bush memang terkenal dengan sikap nya begitu) dan dengan mudah meletakkan arahan mengikut suka hati sendiri tanpa kefahaman..atau pun dia memang x faham dan tidak mahu untuk faham..
maka saudara pembaca..fikirkanlah dimana kita?
dimana letaknya ‘izzah Islam kita!!
wallahua’lam
*saya baca dari blog ini*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment