Tuesday, September 15, 2009

Saya Rasa Tidak Selamat

a:"Aku tengah steam lah sekarang"
b:"Babi ah ko ni"



Itulah perbualan yang saya dengar ketika melintasi sebuah kedai baju. a adalah lelaki, merupakan kenalan kepada b. Rambut a berwarna oren. Dan b adalah perempuan yang menjaga kedai baju itu.

Saya berada dalam jarak 1 meter kearah mereka kerana hendak pergi ke tandas. a bercerita mengenai seorang perempuan. Bila mendengar perbualan itu saya benar-benar rasa hendak pengsan dan lari jauh dari lelaki itu.

Kemudian saya diperhatikan oleh si a. Saya rasa mahu pengsan, walaupun dia tidak berkata apa-apa!

Anehnya, gelojak hormon itu boleh diceritakan kepada seseorang yang berbeza gender? Tak malu ke? Astaghfirullah

Ya, diskripsi perempuan yang dilihat oleh si a, tidaklah menutup aurat, wahai perempuan sedarlah kalian! Aurat itu sangat penting. Murahnya kalau ia tidak dijaga.

Wahai lelaki, jagalah matamu dari memandang yang haram buatmu. Berpuasalah untuk melunakkan gelora yang ada. Itu fitrahmu, namun bukankah ada jalan penyelesaianya dalam agama suci ini???


this should have been posted 2 months ago.

No comments: