Thursday, October 29, 2009

Kefhal Ya Filistin?



Bismillah

Semalam saya menelefon penduduk Palestin (kali kedua). Kali pertama menelefon saya rasa agak gentar kerana perlu berbahasa arab. Bahasa arab pula tersangat karat, namun ikut juga kata hati…..cubalah dulu.

Kerana ‘terlalu fasih’ berbahasa arab, saya memutuskan talian dengan hampa. Hanya sekadar bertanya khabar individu tersebut dan mengucapkan salam tinggal. Kaku juga mendengar suara yang telah membayar sebuah tanah dengan darah perjuangan.



KHABAR, TIDAK BAIK

Sejak pagi, mendengar berita tentang mereka. Hati dihimpit simpati. Pagi itu melalui radio IKIM, pembaca berita menyatakan penduduk Palestin akan mengalami masalah terutama dari segi makanan dan ubatan sekiranya bantuan tidak sampai sebelum musim sejuk ini. Tengahari pula melalui buletin 1.30 di TV3, berita kebakaran di ladang zaitun meledakkan rasa geram. Petang itu pula terbaca bagaimana kisah hidup warga Palestin yang terpaksa membahayakan nyawa demi mencari rezeki dengan memasuki Israel oleh penyeludup. Saudaraku, begitu sekalikah kehidupanmu? Aku disini hidup bahagia. Malah selalu terkalahkan ujian. Ya Allah, ighfir zunubi…



Kali ini, saya lebih berani. Dengan strategi berbeza. Saya menelefon. Saya tidak mahu merasakan saya ini memperalatkan mereka. Cakap hello lepas tu letak. Memang sakit hati.



Assalamualaikum

Hal tatakallamu allaghatul alinjliziyah? (Bolehkah anda berbahasa inggeris)

Itulah dialog saya saban kali. Namun agak mengahampakan kerana hampir 20 nombor yang saya dial, hanya 2 orang saja yang mampu berbahasa inggeris.

Saya gembira. Walau mereka mengatakan la’ (tidak). Namun mereka menyambut mesra bila saya katakan yang saya dari Malaysia. Ahlan ahlan kata mereka. Biar mereka tidak dapat berbahasa inggeris, saya cuba menyambung perbualan dengan memberitahu yang rakyat Malaysia peduli dengan rakyat Palestin. Saya dapat berinteraksi dengan setiap tingkatan usia berdasarkan suara. Ma’as salam mengakhiri perbualan yang terlalu singkat.



BERJAYA! ALHAMDULILLAH

Dialog yang sama saya gemakan. Na’am kata lelaki itu. Terdengar suara seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Ah, pasti sudah berkeluarga. Namun, baru saja hendak memulakan perbualan, talian seperti tergantung. Saya dengar suara mereka, namun lelaki itu tidak dapat mendengar suara saya. Ah! Geraam!

Saya cuba hindarkan ‘nombor-nombor cantik’. Manalah tahu tersesat pergi ke pejabat fatah dan konconya! Tak pasal-pasal aje. Saya tidak pasti itu nombor keberapa. Kali ini sedikit berbeza.



Hal tatakallamu allaghatul al injliziyah?

Sebentar, ada yang boleh berbahasa inggeris katanya dalam bahasa arab

Suara itu merdu sekali, saya menunggu ditalian. Terdengar panggilan dan derap kaki melangkah.


Ganggang diangkat. Asslamualaikum. Jelas kedengaran suara wanita muda Palestin yang agak curious. Waalaikumsalam! Ana Aisyah min Malizi. I am Aisyah from Malaysia. Sengaja mengulangi dialog.

From where? I can’t here you. Dia menjawab dengan bahasa Inggeris yang terlalu dipengaruhi loghat arabnya.


Malaysia Malaysia kataku. Malizi Malizi katanya separuh terperanjat dan begitu ceria. Terdengar sedikit jeritan di belakang dengan penuh reaksi menjerit kecil “Malizi, Malizi!”

Malizi? Soalnya lagi bernada excited. Na’am na’am balasku dengan senyuman yang berbunga di hati.

I called to know, how are Palestinian’s doing?

Oh, oh..we are good!! Katanya dengan gembira. Suaranya seperti sudah berumur 24 tahun. Ah! Disana 6 tahun sudah pun berumur 16 tahun! Matang!

I learned that the olive farm has been burnt down by the Jews.

Err, can you speak Arabic.

Oh, I’m not fluent in Arabic kataku hampa.


Lupa pula bertanya di daerah mana dia tinggal. Atau namanya. Sungguh out dari persediaan! Dan selepas ni kena brush up bahasa arab!


Namun perbualan itu sungguh mengharukan diriku. Atas dasar akidah, kita semua bersaudara. Langit biru yang sama yang memayungi, hujan yang sama yang menyimbah ke bumi, udara yang sama yang dihirup, kiblat yang sama yang kita hadapkan wajah kita kepada Allah yang Esa…


Biar Palestin itu tidak sayup dari tubir mataku, alunan jihadmu yang kau kobarkan saban hari tiada di deria pendengaranku, namun sanubariku mengidam untuk memiliki jiwa sepertimu. Aku tidak mahu buta, pekak dan bisu melihat nasibmu. Sesungguhnya Allah telah mengangkatmu wahai Palestin sebagai sebuah kota syuhada’ pada zaman ini. Kalau tidak dengan darah, biar lisanku, akalku, hatiku, seluruh pancainderaku bersamamu InsyaAllah.


post 2 bulan yang lalu yang x terpost post:c

Saturday, October 3, 2009

Wasiat Jibril

Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi ingat, bahawa kamu akan mati,

dan cintailah sesiapa yang kamu kehendaki, tetapi ingat, bahawa engkau akan berpisah dengannya,

dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki, tetapi awas, kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu,

dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada qiamulailnya, dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain.


Hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Naim