Bismillah
Semalam saya menelefon penduduk Palestin (kali kedua). Kali pertama menelefon saya rasa agak gentar kerana perlu berbahasa arab. Bahasa arab pula tersangat karat, namun ikut juga kata hati…..cubalah dulu.
Kerana ‘terlalu fasih’ berbahasa arab, saya memutuskan talian dengan hampa. Hanya sekadar bertanya khabar individu tersebut dan mengucapkan salam tinggal. Kaku juga mendengar suara yang telah membayar sebuah tanah dengan darah perjuangan.
KHABAR, TIDAK BAIK
Sejak pagi, mendengar berita tentang mereka. Hati dihimpit simpati. Pagi itu melalui radio IKIM, pembaca berita menyatakan penduduk Palestin akan mengalami masalah terutama dari segi makanan dan ubatan sekiranya bantuan tidak sampai sebelum musim sejuk ini. Tengahari pula melalui buletin 1.30 di TV3, berita kebakaran di ladang zaitun meledakkan rasa geram. Petang itu pula terbaca bagaimana kisah hidup warga Palestin yang terpaksa membahayakan nyawa demi mencari rezeki dengan memasuki
Kali ini, saya lebih berani. Dengan strategi berbeza. Saya menelefon. Saya tidak mahu merasakan saya ini memperalatkan mereka. Cakap hello lepas tu letak. Memang sakit hati.
Assalamualaikum
Hal tatakallamu allaghatul alinjliziyah? (Bolehkah anda berbahasa inggeris)
Itulah dialog saya saban kali. Namun agak mengahampakan kerana hampir 20 nombor yang saya dial, hanya 2 orang saja yang mampu berbahasa inggeris.
Saya gembira. Walau mereka mengatakan la’ (tidak). Namun mereka menyambut mesra bila saya katakan yang saya dari
BERJAYA! ALHAMDULILLAH
Dialog yang sama saya gemakan. Na’am kata lelaki itu. Terdengar suara seorang perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki. Ah, pasti sudah berkeluarga. Namun, baru saja hendak memulakan perbualan, talian seperti tergantung. Saya dengar suara mereka, namun lelaki itu tidak dapat mendengar suara saya. Ah! Geraam!
Saya
Hal tatakallamu allaghatul al injliziyah?
Sebentar, ada yang boleh berbahasa inggeris katanya dalam bahasa arab
Suara itu merdu sekali, saya menunggu ditalian. Terdengar panggilan dan derap kaki melangkah.
Ganggang diangkat. Asslamualaikum. Jelas kedengaran suara wanita muda Palestin yang agak curious. Waalaikumsalam! Ana Aisyah min Malizi. I am Aisyah from
From where? I can’t here you. Dia menjawab dengan bahasa Inggeris yang terlalu dipengaruhi loghat arabnya.
Malaysia Malaysia kataku. Malizi Malizi katanya separuh terperanjat dan begitu ceria. Terdengar sedikit jeritan di belakang dengan penuh reaksi menjerit kecil “Malizi, Malizi!”
Malizi? Soalnya lagi bernada excited. Na’am na’am balasku dengan senyuman yang berbunga di hati.
I called to know, how are Palestinian’s doing?
Oh, oh..we are good!! Katanya dengan gembira. Suaranya seperti sudah berumur 24 tahun. Ah! Disana 6 tahun sudah pun berumur 16 tahun! Matang!
I learned that the olive farm has been burnt down by the Jews.
Err, can you speak Arabic.
Oh, I’m not fluent in Arabic kataku hampa.
Lupa pula bertanya di daerah mana dia tinggal. Atau namanya. Sungguh out dari persediaan! Dan selepas ni kena brush up bahasa arab!
Namun perbualan itu sungguh mengharukan diriku. Atas dasar akidah, kita semua bersaudara. Langit biru yang sama yang memayungi, hujan yang sama yang menyimbah ke bumi, udara yang sama yang dihirup, kiblat yang sama yang kita hadapkan wajah kita kepada Allah yang Esa…
Biar Palestin itu tidak sayup dari tubir mataku, alunan jihadmu yang kau kobarkan saban hari tiada di deria pendengaranku, namun sanubariku mengidam untuk memiliki jiwa sepertimu. Aku tidak mahu buta, pekak dan bisu melihat nasibmu. Sesungguhnya Allah telah mengangkatmu wahai Palestin sebagai sebuah kota syuhada’ pada zaman ini. Kalau tidak dengan darah, biar lisanku, akalku, hatiku, seluruh pancainderaku bersamamu InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment