Saya bukan agen bagi pihak penerbitan, tapi disebabkan saya sangat tertarik dengan buku2 tulisan Ustadz Ridhuan Mohamad Nor, rasa sangat bertanggungjawab untuk mewar-warkannya.
Umumnya, saya menyeru agar setiap Muslim mempunyai sebuah buku mengenai salah silah Palestin agar degup perjuangan sentiasa berkencang dalam jasad insani. Buku Gaza Menangis adalah satu buku yang menarik berdasarkan pengalaman penulis ke Gaza Januari lalu juga dimuatkan sejarah Palestin yang perlu dihayati oleh setiap yang bergelar Muslim.
Manakala khusus buat mahasiswa/i, sebuah buku mampan dengan perjuangan dari tingkap kuliah adalah Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Sedekad.
Buku yang diterbitkan mampu menarik pembaca dengan penulisan santai yang diulit hembusan perjuangan serta diselang-selikan dengan gambar2 yang berkaitan dengan penulisan. Buku2 dibawah disusun mengikut kecenderungan saya sendiri(dan saya cenderung kepada semua buku tersebut).
Boleh didapati dengan harga yang sangat2 murah. Berminat? Boleh terus hubungi saya di talian 017 753 9208 atau email saya di husnajameelah@alwahy.com.
sisipan:
Penat telinga saya mendengar rintihan kekesalan dengan cara kerajaan Mesir menangani isu sempadan "mana gambar foto?", "datang pagi esok", "10 minit lagi", "ada pertempuran di dalam Gaza", "hanya doktor pakar yang dibenarkan masuk", "hanya wartawan dibenarkan masuk", "mana sijil kelulusan dari doktor anda", itu antara soalan-soalan yang terpacul dari mulut aparat keamanan Mesir. Sekali berlaku perang mulut hebat apabila seorang aktivis menengking pegawai keselamatan "apa sebenarnya yang kamu nak? Kamu nak duit, kamu bagitahu" jerkah petugas daripada Afrika Selatan itu yang pernah bertugas di sempadan di Afghanistan. "Berbeza dengan perang Afghanistan, Iran dan Pakistan membuka pintu sempadan untuk bantuan kemanusiaan" kata anak muda berperawakan India ini dengan dengusan kemarahan.Penulis: Aris Hazlan Ismail & Riduan Mohamad Nor
Jumlah muka surat: 199
sisipan:
Tepat jam 8.00 malam salah seorang mahasiswa berlari ke hadapan DTC sambil bertempik "Allahu Akbar" sebagai menandakan bermulanya demonstrasi. Beliau mengimami solat sunat hajat yang turut disertai oleh kira-kira 1,000 orang mahasiswa/i. Selepas sembahyang hajat mahasiswa/i berkenaan bangun menjulang poster, bertakbir dan menyanyikan Asma ul Husna. Bilangan mahasiswa/i yang menyertai demonstrasi meningkat hingga melebihi 2,000 orang selepas sembahyang hajat selesai. Antara kata-kata yang diucapkan oleh mereka juga "Universiti Malaya bukan tempat konsert", "Hapuskan kemungkaran".Penulis: Riduan Mohamad Nor
Jumlah muka surat: 123
sisipan:
Oleh kerana itu, kami meletakkan podium di tengah hadirin sehingga suara beliau mulai terdengar. Pada kesempatan itu, Ustad Sayyid Qutb memaparkan kandungan Al-Quran yang seakan baru pertama kali terdengar di telinga kami. Ia seakan keluar daripada cahaya nan berseri dan jiwa yang bersifat cemerlang. Tatapan mata Ikhwan seakan enggan berkedip, serta telinga mereka yang hanya mendengar saksama kalimat demi kalimat mengalir deras dari lisan Sayyid Qutb. Ikhwan seakan berenang dalam pelbagai lautan ilmu; sosial; politik, ekonomi dan sebagainya. Yang semua itu mengacu pada Al-Quran yang mulia tanpa ada ungkapan yang terasa sulit untuk difahami.
Kata Pengantar & Editor: Riduan Mohamad Nor
Penulis: Fauzi Zakaria (M.A UM)
Jumlah muka surat: 157
sisipan:
Pernah pula terjadi satu kenyataan Perdana Menteri Mesir yang akhirnya menjadi pemangkin kepada kemarahan Hassan Al Banna, iaitu Al-Nuhas Basya yang sedang dalam perjalanan ke Perancis ditanya pendapatnya mengenai revolusi yang tercetus di Palestin dan Baitul Maqdis. Ia menjawab: "Aku adalah Perdana Menteri Mesir bukannya Perdana Menteri Palestin." Kenyataan ini telah melambangkan ketidakpeduliaan pemimpin Mesir itu terhadap darah yang sedang bersimbah dan air mata yang sedang tumpah di bumi berkat Palestin.
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Jumlah muka surat: 84
Jumlah muka surat: 84
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Jumlah muka surat: 175
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Jumlah muka surat: 108
~fastabiqul khairaat~
No comments:
Post a Comment