Tuesday, August 11, 2009

Maqam Saummu


Menurut Imam al-Ghazali, puasa (dari kaca mata tasawuf) terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu:

1. Saum al-Umum (puasa orang kebanyakan)
sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

2. Saum al-Khusus (puasa khusus)
Ini merupakan puasa orang2 yang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan kemaksiatan dengan enam perkara berikut
  • Menjaga mata dari melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
  • Menjaga lisan daripada berdusta, memfitnah dan mengucap perkataan yang keji
  • Menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
  • Menjaga seluruh anggota badan daripada perbuatan2 negatif
  • Menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka puasa
  • Menjaga hari agar berada antara khauf(takut) dan raja'(berharap) dan sedar bahawa Allah SWT berhak menerima atau menolak ibadah puasa kita.
3. Saum Khusus al-Khusus (puasa golongan yang khusus)
Puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu
  • Para nabi
  • Al Siddiqun (orang2 yang jujur)
  • Al Muqarrabin (orang2 yang dekat dengan Allah)
Puasa golongan ini menduduki tingkatan yang tertinggi yang mana puasa mereka mencakupi puasa hati daripada sesuatu yang hina dan daripada urusan duniawi dan hanya megharapkan bekal ukhrawi.


Ramadhan yang akan datang, akan memberi peluang kepada kita untuk membaikpulih amalan. Manfaatkan dengan sesungguhnya!

No comments: