- Lakukan warm up dengan puasa Isnin dan Khamis
- Mulakan membaca al-Quran setiap hari dan tambahkan jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.
- Luangkan masa mendengar bacaan al-Quran.
- Latih diri tidur awal, seolah-olah anda sedang berada dalam bulan Ramadhan. Bukan itu saja, ikhtiarkan bangun awal seolah-olah anda bersahur. Kemudian hiasilah tabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacaan al-Quran.
- Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
- Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan Allah atas setiap dosa yang dilakukan dan mohon diberi kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah diakukan.
- Berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya anda dapat meluangkan masa mengingati Allah dengan berzikir.
- Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrahdalam bulan Ramadhan amatlah digalakkan kerana erdasarkan sabda Rasulullah SAW, umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan sama seperti mengerjakan haji.
- Mulakan amalan besedekah, sedikit demi sedikit.
- Luangkanlah masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib, dhuha dan qiamullail.
- Tambahkan ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadhan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nanti oleh hamba Allah yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan ghairah anda menyambut Ramadhan dan beribadah semahunya.
- Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada.
- Dekati orang yang berilmu, orang2 yang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka.
- Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah tentang Ramadhan yang bakal tiba, persediaan dan sebagainya.
Tips tambahan
Buat sesiapa yang ada lagu2 yang x bermanfaat di PC atau handphone(lagu2 dari barat yang x bawa mesej Ramadhan+ ibadah or lagu yang dinyanyikan oleh perempuan) silalah padam buat sementara waktu atau simpan dalam pendrive and simpan jauh2 supaya x mudah untuk didengari. Gantikan dengan surah2 dari al-Quran(pilih siapa Qari yang anda suka dengar,yang lebih menyentuh jiwa), lagu2 keagamaan atau tazkirah. InshaAllah dengan 'puasa lagu' anda tidak lagi berminat mendengarnya dalam bulan2 lain:).
Jangan guna ringtone kriiiiing atau teeet teeet teeet atau apa2 saja tone yang membosankan. Ganti kepada lagu2 yang menyeru jihad(terutama untuk bangun tahajjud).
Lepas baca doa bangun tidur, terus on bacaan al-Quran from your phone/pc, tak kisahlah anda nak masak ke, nak mandi ke, yang penting pasang je, kerana kita tak tahu bila kita dapat baca al-Quran on that day. Besides, pahala untuk mendengar tetap ada:).
Gunalah bulan Ramadhan untuk menambah surah2 hafalan anda. Berazamlah, pada hari terakhir Ramadhan aku akan mampu hafal surah tertentu inshaAllah. ie Ramadhan ada 30 hari jadi mungkin cari surah yang ada 30 ayat. ie surah al-Fajr. kemudian cari Qari yang mu'tabar. ie Saad Said al-Ghamidi. Surah al-Fajr yang dibaca oleh beliau sangat merdu, oleh itu dapat membantu hafazan inshaAllah. Bukan berapa banyak surah yang dapat dihafal tapi consistency dan usaha yang penting kerana outputnya Allah yang menentukan:).
Teguran saya juga buat pembaca al-Quran secara beramai-ramai. Ada yang membahagikan 10 kumpulan, kemudian dalam kumpulan dipecahkan pula kepada 3 juzuk dan lain2 method. Keghairahan khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan adalah niat yang sangat mulia, tapi objektif utama Ramadhan bukan pembacaan al-Quran semata-mata tetapi penghayatannya. Lebih baik jika pembacaan dilakukan secara tasmi'. Biar ada yang menyemak. Usah malu jika ada kesalahan tajwid. Kemudian pembacaan makna kerana barangkali ada diantara kita tidak pernah pun baca makna kerana limitasi masa. Kemudiaan mungkin boleh diselitkan dengan asbabunuzul ayat oleh ketua kumpulan/guru.
Cubalah untuk istiqamah solat tepat pada waktu dan lebih baik lagi secara berjemaah. InsyaAllah habit itu akan berkekalan;)
No comments:
Post a Comment