Kenapa saya tidak approve muslimin di facebook saya. Itu tajuk penuhnya.
Ada request dari Muslimin yang saya kenali, dan ada yang tidak. Saya tahu siapa yang saya kenali; blogger, kenalan sebatch di sekolah, junior.
Barangkali semudah menekan punat not now untuk setiap request dari muslimin. Ada yang berulang kali request. Jadi saya perlu menulis, untuk memberitahu mengapa saya tidak approve muslimin di facebook saya.
Asbabnya:
1. Kadang kala ada teman yang mengetag gambar saya di facebook. Saya boleh private semua gambar yang di tag. Tapi kadang kala application privacy di facebook membolehkan kita masih melihat gambar yang diprivatekan. Saya tidak punya banyak masa untuk berada di hadapan komputer riba untuk menghalang semua gambar dilihat di profil saya. Oleh itu saya biarkan saja. Saya rasa kurang selesa jikalau muslimin melihat gambar saya yang mungkin diambil dengan gaya-gaya yang 'ceria'.
2. Tiada apa-apa yang isitimewa pun di profil saya. Kalau add, mungkin hanya menambah bilangan rakan-rakan di facebook saja.
3. Status saya generally untuk muslimat. Muslimin tak baca pun tidak mengapa.
4. Saya rasa lebih baik untuk tidak add muslimin kerana there will be unforeseeable event that might occur. Pernah saya mengupdate status, muslimin tidak comment di wall, tapi terus menghantar message kepada saya. Entahlah, saya rasa facebook ini boleh menjadi 'pusat pergaulan bebas' kalau tidak dijaga akhlak yang saling berinteraksi.
Fikir saya, hari ini dia hantar mesej, esok lusa mahu berkenalan, sudah bersuami nanti orang yang sama mencari pasal, gaduh pula dengan suami...~ To make it short, fitnah teknologi!
Saya mohon maaf kepada muslimin yang telah merequest. Saya tidak terus ignore semua request, saya mahu mereka tahu prinsip saya. Terima kasih andai memahami, jikalau tidak, harap maaf.