Sunday, October 31, 2010

Lady in red


Matanya seperti separa terbuka. Suaranya terlalu halus. Saya terpaksa menghampirkan telinga ke mulutnya. Tapi dia bukanlah gadis pemalu. Masakan dia pemalu, menghampiri saya, seseorang yang stranger baginya.

Can you play with me? kata anak kecil itu. Barangkali berusia 3 tahun. Lupa namanya.

Of course my dear. Dalam masa yang sama mengawasi Handzalah yang ligat dalam kolam. Kalau leka, dia akan ke kolam orang dewasa.

Can you be Tom. Because i want to be Jerry.

Ok!

Jadi saya mengejar 'Jerry'. Larilah si Jerry dalam air. Berjaya saya menangkapnya kerana terlalu mudah!

Dia tertawa. Dia melihat ke lantai kolam.

Why are you wearing socks in the pool.

Hmm, kalau nak cerita tentang aurat dalam Islam mungkin susah untuk dia faham.

Oh, its my swimming costume.

But you don't have to wear it in the pool. Katanya lagi

If i wear it, i wont slip.

ooohhh. Can we play again?

Of course.

Now its your turn to be the cat. Tiap2 kali pun kena mengejar :)

6 kali si comel ini melarikan diri dalam arus yang tenang. Dia tidak bermain dengan ibunya. Kemudian diajaknya abangnya main bersama.

Saya beri masa untuk dua comel melarikan diri. Terlalu mudah untuk ditangkap. Kadang-kala mereka lebih gembira ketika 'ditangkap'.

I'll have you for my dinner! kataku
2 comel cuba menyelamatkan diri sambil menjerit kecil.
Bila mereka dalam genggaman saya pura-pura makan mereka.
Lagilah mereka ketawa riang.

Hanya setengah jam berada dalam kolam.
Ibunya mengajak balik.
Mereka akur.

Say thank you to the lady. Kata ibunya

Thank youuuuu. Kata mereka berdua.

Saya pun beralih ke Handzalah. Masih membaling bola kepada abangnya Rayyan.

Tiba-tiba, si comel berswimming suit merah mendekati saya.

You are so nice. I'm gonna miss you.

Dia terus memeluk saya selama beberapa detik. Lalu mencium pipi saya.

MashaAllah. Betapa kelunya lidah saya! Halus sungguh perasaannya! Bergenang air mata saya kerana terlalu tersentuh.

Ibunya juga terharu anak kecilnya pandai mengekspresikan perasaan.



*Kenangan 2 hari di Waterford*